BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

: : joM ikOt BloG kAmI : :

# RaYa Ke3..kAmi bEr3 # 2.0.1.2 #

# RaYa Ke3..kAmi bEr3 # 2.0.1.2 #

Thursday 30 August 2012

Tentang Cinta


Assalammualaikum....

Hyep...Neh baru ada masa nk update entri..huhuhu...
Sempena 31 Ogos ri neh... atiy nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55.. 
semoga kemerdekaan kita ini mampu kita kekalkan hingga keakhirnya.
Wahh...semangat sungguh...
Mestilah kena bersemangatkan....kita kan anak2 merdeka.

Okeh.. Untuk entri kali neh atiy nak kongsi dengan korang tentang buku yang atiy baru jew habeh baca baru2 neh..
Haa... buku neh laaa....ada yg pernah baca x?? Buku neh atiy pinjam dari kawan atiy.
So atiy nak kongsi dengan korang tentang salah 1 tajuk yang betol2 tarik minat atiy untuk baca..
jommmm baca....



Cintailah CINTA
# Kuasailah dirimu untuk yang kau cintai, bukan menguasai yang kau cinta untuk dirimu sendiri #

" Seseorang yang berhasil mendapat cinta dengan mudah akan sukar memperolehi cinta sejati "
     UMAR Khayyan pernah berkata, " Hanyalah dengan mencintai Tuhan dan Rasul-Nya, cinta itu khalis dan kudus.  Setiap kita akan mengakui hakikat itu, tetapi kalau ditanyakan kepada kita, cintakah  kita kepada Allah? Aduh, terlalu sukar untuk menjawabnya. Jika dijawab tidak, terasa berdosa benar kepada-Nya. Masakan kita mampu mengatakan tidak, sedangkan bergitu melaut kebaikan_nya untuk kita. Jika dijawab ya... maka terasa benar dustanya. Bertapa banyak pula kejahatan dan dosa kita kepada-Nya.

2 TANDA  MENCINTAI  ALLAH  DENGAN ALLAH.

# Kalau cinta, rindu untuk bertemu  (◕‿-)!!
BAGAIMANA sikap kita dengan janji temu (solat) Allah? Apakah kita datang seawal waktu atau sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat? Jika ya, itu petanda yang kita cintakan Allah. Sekiranya setiap kali menjelang waktu solat kita telah siap sedia berwuduk, menunggu di saf hadapan dengan pakaian yang paling bersih, ditambah pula dengan haruman minyak wangi... Alhamdulillah, itu petanda cinta . Jika kesempatan 'dating' dengan kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketikanya, maka seharusnya lebih-lebih lagi dengan Allah yang kita cintai.
       Jika solat lewat ( apalagi langsung tidak solat ), datang dengan enggan, muka masam, berat tulang dan berpakaian berserabut, itu petanda tidak cinta. Tidak fokus. Sambil lewa pula. Solat mahu selesai cepat. Apakah seorang kekasih ingin segera berpisah dalam pertemuan dengan kekasihnya? adakah Seorang kekasih sampai lewat untuk janji temunya? Atau berpakaian serabut, kusut masai dan berbau ketika menemui kekasihnya? Tidak mungkin. Tetapi jika itulah sikap kita, ertinya kita tidak cinta kepada kekasih itu. Maka bergitulah juga ukuran cinta kita kepada Allah. Perlu ada rindu, bukan jemu untuk bertemu.

# Kalau cinta, suka apabila disuruh
SEORANG kekasih sentiasa suka 'disuruh' oleh kekasihnya. Kesusahan walau sebesar mana tidak diperkira. Asal maksud kekasih dipenuhi, tidak kira apa akan ditempuhi ( katanya lautan api pun sanggup direnangi). Oleh kerana amat suka disuruh, hati sentiasa menunggu-nunggu bila hendak disuruh. Bila lagi? Apa lagi? Bergitulah detik hati selalu. Pantang disuruh, macam lipas kudung, segera dilaksanankan.
       Bergitulah orang yang cintakan Allah, sentiasa suka apabila diperintah. Bila ada sesuatu disuruh buat, terus dibuat. Tanpa tanya-tanya lagi. Apabila disuruh tinggal, terus ditinggalkan. Sami'na wa ato'na - kami dengar dan kami taat. Itulah bukti cinta. Sebarang suruhan daripada Tuhan akan segera dilaksanakan. Malas, letih, susah, sakit, miskin dan lain-lain tidak menjadi halangan. Bagaimana kita? 
       Mereka ini sentiasa proaktif dan mencari-cari apa lagi suruhan Tuhan yang hendak dilaksanakan. Bila dapat dilaksanakan, alangkah bahagianya dirasakan.
        Sekarang, apa respon kita terhadap perintah Allah dan laranganNya? Ya mungkin kita melaksanakannya, namun apakah hati kita suka ketika melakukannya? Contohnya, solat Subuh. Ya, memang kita telah solat Subuh, tetapi apakah kita suka dan ceria ketika melaksanakanya. Cermin muka kita... apakah tersenyum ria setiap kali bangun subuh? Atau masam mencuka, malangkah ke bilik air dengan langkah malas, lesu dan terpaksa?
        Jika ada rasa terpaksa, untuk bangun solat, itu petanda belum cibta. Besar bezanya antara orang yang mengatakan 'I have to pray (saya kena solat) ' dengan orang yang berkata ' I need to pray ( saya perlu solat ).' Memang kedua-duanya sama-sama sembahyang. Tetapi seorang kerana suka, seorang lagi kerana terpaksa. Yang seorang sudah cinta, yang seorang lagi belum cinta.

 (◕‿-)!! hehehe...sampai cineh jew atiy kongsi dengan korang...coz ada hal jap...tunggu update seterusnya...tentang PENYAKIT HATI...  (◕‿-)!!